Bekas akauntan jadi mangsa 'scam', rugi RM317,000

Bekas akauntan jadi mangsa 'scam', rugi RM317,000

am@hmetro.com.my

Johor Bahru : Pesara akauntan kerugian RM317,000 selepas diperdaya sindiket pelaburan saham menerusi Facebook.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, lelaki tempatan berumur 71 tahun itu mendakwa menjadi mangsa penipuan selepas terpedaya dengan pelaburan saham yang menjanjikan keuntungan berganda.

Katanya kejadian bermula pada 23 Mac lalu apabila mangsa melihat iklan di laman sosial berkenaan, yang menawarkan pelaburan dengan keuntungan 10 hingga 20 peratus mengikut modal pelaburan.

“Mangsa kemudian melakukan 22 transaksi ke tujuh akaun berbeza bermula 23 Mac hingga 8 Mei lalu.

“Mangsa menyedari ditipu apabila diminta untuk membuat bayaran tambahan sebelum dapat mengeluarkan hasil keuntungan berjumlah RM3.42 juta,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Mohd Sohaimi, siasatan awal dijalankan mendapati enam dari tujuh akaun yang terbabit mempunyai keseluruhan 70 rekod laporan polis membabitkan kes penipuan pelaburan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top