Wei Chong-Kai Wun juara Malaysia Masters 2025

Wei Chong-Kai Wun juara Malaysia Masters 2025

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki No. 8 dunia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun menamatkan penantian selama 12 tahun rakyat Malaysia untuk menyaksikan wakil negara menjuarai Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil, dekat sini, hari ini.

Dalam perlawanan akhir itu, Wei Chong-Kai Wun mencipta kejutan ke atas gandingan No. 3 dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik selepas memenangi juara Asia pada 21-12, 15-21, 21-16 dalam masa 50 minit.

Kali terakhir beregu lelaki Malaysia menuarai Malaysia Masters ialah pada 2013 menerusi Goh V Shem-Lim Khim Wah.
Kemenangan itu turut menyaksikan Wei Chong-Kai Wun kini mengatasi Aaron-Wooi Yik dengan rekod pertemuan 3-2.

Malaysia Masters merupakan gelaran kedua Wei Chong-Kai Wun, musim ini, selepas menuarai Indonesia Masters pada Januari lalu.

Selaku juara, Wei Chong-Kai Wun membawa pulang wang tunai sebanyak AS$37,525 (RM158,730) dan pingat emas.

Bagi Aaron-Wooi Yik pula sebagai pemenang mereka memenangi hadiah wang tunai sebanyak AS$18,050 (RM76,351) dan pingat perak. – UTUSAN

Scroll to Top