Guna suara ibu cari kanak-kanak autistik, hilang sejak jam 5 petang

Guna suara ibu cari kanak-kanak autistik, hilang sejak jam 5 petang

am@hmetro.com.my

Beaufort: Seorang kanak-kanak autistik dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di Kampung Lumadan, di sini, petang tadi.

Mangsa Vin Aaric Victor, 7, dilaporkan hilang sekitar jam 5 petang sebelum operasi mencari dan menyelamat dilancarkan oleh pasukan bomba bersama polis

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Ishak Jabas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada IPD Beaufort pada jam 6.53 petang sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi.

Katanya, operasi pencarian dijalankan di sekitar kawasan rumah mangsa termasuk kawasan kebun kelapa sawit berhampiran dengan radius pencarian kira-kira 500 meter.

“Mangsa kali terakhir dilihat memakai pakaian berwarna hitam.

“Operasi turut diteruskan dengan menggunakan pembesar suara mudah alih serta rakaman suara ibu mangsa untuk memanggilnya keluar kerana difahamkan mangsa takut dengan kehadiran orang ramai dan bunyi bising,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Menurutnya, operasi pencarian bagaimanapun ditangguhkan pada jam 12 tengah malam ini akibat keadaan gelap dan hujan sebelum disambung semula pagi esok.

“Diharapkan dengan suara ibunya, mangsa akan tampil keluar dan ditemui dalam keadaan selamat,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top