Penyanyi Jaclyn Victor menamatkan zaman solo selepas selamat bergelar isteri kepada Calvin Samuel.
Perkhabaran bahagia itu dikongsikan oleh rakan artis, penyanyi Shila Amzah, menerusi satu hantaran Instagram Story pada Ahad.
“Finally, so happy for you!” tulis Shila.
Jaclyn, 48, yang sudah enam tahun bergelar ibu tunggal tampil anggun dalam busana gaun putih, manakala suaminya mengenakan busana rona sedondon dalam majlis perkahwinan yang diadakan secara tertutup di sebuah dewan, hanya dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat.
Ramai kenalan selebriti turut kelihatan memeriahkan acara tersebut termasuk Datuk Ramli MS, Datin Alyah, Tomok, Nikki Palikat, Marsha Milan, Siti Nordiana, Nabil Ahmad, Noryn Aziz, Atilia Haron, Dina Nadzir, Che Puan Sarimah Ibrahim, Anuar Zain, Ziana Zain serta Hael Husaini.
Terdahulu, Jaclyn pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dari Amerika Syarikat, Shawn Rivera pada Julai 2014 namun berpisah lima tahun kemudian.
Hasil perkahwinan mereka, Jaclyn dikurniakan dua cahaya mata iaitu Jonah Josiah Rivera, 10, dan Molly Marguerite Rivera, 8 tahun.
Kredit Foto / Video: Instagram Shila Amzah, Vee Mukhtaram, Noryn Aziz