Madrid: ‘Saya suka dia’, kata pengendali Barcelona, Hansi Flick yang memuji jurulatih baharu Real Madrid, Xabi Alonso namun dalam masa yang sama memberi laungan amaran bahawa beliau ‘sudah tahu falsafahnya’ menjelang saingan musim 2025-26
Flick melontarkan memuji jurulatih kepada Alonso, ketika jurulatih Sepanyol itu bersiap sedia menghadapi kempen besar bersama Los Blancos bagi musim 2025-26.
Real Madrid berpisah dengan Carlo Ancelotti musim panas ini selepas pengendali dari Itali itu gagal membawa sebarang trofi kepada Los Blancos.
Juara Eropah 15 kali itu membuat keputusan untuk melantik bekas jurulatih Bayer Leverkusen, Alonso, sebagai ketua jurulatih dalam usaha kembali menguasai bola sepak dunia, bermula dengan Piala Dunia Kelab musim panas ini.
Flick yang membawa Barcelona menjulang tiga kejuaraan domestik dan mencatat empat kemenangan berturut-turut ke atas Real Madrid tetap memuji Alonso serta cara beliau membentuk pasukannya.
Namun, beliau turut memberi amaran kepada jurulatih itu bahawa beliau sudah mengetahui taktik Alonso.
Ketika ditanya mengenai pelantikan Alonso, Flick berkata: “Ia bukan satu kejutan, ya? Saya juga pernah bercakap dengannya ketika beliau bekerja di Leverkusen. Saya banyak kali berbual dengannya.
“Saya suka dia. Saya tahu falsafahnya. Bagus melihat kejayaannya di Jerman pada tahap yang sangat tinggi bersama pasukan seperti Leverkusen. Pemain-pemain juga banyak meningkat di bawah kendaliannya. Saya suka melihat dia di sini. Saya gembira melihat dia di sini,” katanya.
Peminat akan mendapat gambaran awal tentang corak permainan Real Madrid musim depan apabila Los Blancos beraksi dalam saingan Piala Dunia Kelab bulan depan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




