Penyanyi, Amira Othman mencuri tumpuan ramai selepas tular sebuah video lama ketika menjadi tetamu di sebuah program masakan dikendalikan oleh pengarah dan pelakon terkenal, Michael Ang.
Menerusi suntingan video di platform TikTok itu, perwatakan Amira yang dipaparkan telah mencuit hati netizen yang terhibur dengan gelagatnya itu.
Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen tidak menyangka Amira seorang yang ‘masuk air’ atau mudah terhibur.
Meskipun begitu, netizen turut memuji perwatakan pelantun lagu popular Hati Hati yang sopan dalam bertutur kata.
@userrrr21045 memang masuk air jugak Amira Othman ni yaa, tapi dalam pada tu tetap sopan juga tutur kata pon 🤣🤣🤣 #amiraothman #fattmira #fyp




