10 kakitangan UPSI bakal tunai haji terima sumbangan

10 kakitangan UPSI bakal tunai haji terima sumbangan

Tanjung Malim: Seramai 10 kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang bakal menunaikan ibadah haji tahun ini menerima sumbangan Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS) UPSI.

Majlis serahan disempurnakan Naib Canselor Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff pada Isnin.

Prof Md Amin berkata, sumbangan RM250 seorang itu sebagai tanda sokongan dan keprihatinan pihak universiti terhadap mereka yang menjadi Dhuyufurrahman.

“Sumbangan saguhati ini sebagai simbol keprihatinan UPSI dalam menjaga kebajikan dan mengukuhkan ikatan kekeluargaan kakitangan serta sebagai dorongan dalam melaksanakan rukun Islam kelima dengan lebih sempurna.

“Semoga memperoleh keberkatan dan barakah yang berpanjangan walaupun setelah kembali ke tanah air,” katanya dalam kenyataan.

Penerima terdiri daripada Dr Ruaibah Yazani Tengah; Prof Dr Mohd Nizam Nasrifan; Profesor Madya Dr Sharul Effendy Janudin; Dr Md Azman Shahadan; Profesor Madya Dr Siti Rahaimah Ali; Puteri Khairul Syafida Megat Khas; Prof Madya Dr Muhammad Bazlan Mustafa; Prof Dr Ramlee Mustapha; INSP/PB Siti Suriana Yahya dan Dr Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan.

Turut hadir dalam majlis itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Raja Nor Safinas Raja Haron; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof Dr Suriani Abu Bakar dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr Norkhalid Salimin.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top