hidayah.tanzizi@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Bayi lelaki berusia tujuh bulan meninggal dunia dalam kejadian di sebuah taska di Taman Danau Kota, di sini, kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata, kejadian dipercayai berlaku antara 9 pagi hingga 11 pagi.
“Polis menerima laporan berhubung kejadian daripada bapa mangsa di Balai Polis Setapak pada 1.26 tengah hari, hari sama.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Katanya, siasatan dijalankan Bahagian D11 (Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
Difahamkan, proses bedah siasat sudah dilakukan ke atas mangsa, semalam.
© New Straits Times Press (M) Bhd
