GOMBAK: Hubungan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan UMNO berhubung ‘perpindahan’ Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak akan terjejas kerana telah wujud persefahaman antara kedua-dua pihak.
Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari sendiri.
Kata, beliau secara peribadi tiada sebarang masalah dengan penyertaan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja itu.
“Saya percaya beberapa persefahaman boleh dicapai. Ataupun mungkin telah dicapai,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Lesen Memandu Program MyLesen B2 di sini, hari ini. – UTUSAN




