Digelar Gemuk, Azar Azmi Mengaku Lebih ‘Happy’ – “Tak Ada Masalah & Tak Menyusahkan Orang Kan?”

Digelar Gemuk, Azar Azmi Mengaku Lebih ‘Happy’ – “Tak Ada Masalah & Tak Menyusahkan Orang Kan?”

Pelakon Azar Azmi mencuri perhatian apabila berkongsi sepotong video pendek menerusi platfrom TikTok miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Azar atau nama lengkapnya, Siti Azar Ameerah Azmi, 36, kelihatan sedang memasak di dapur rumahnya sambil melakukan sesi siaran langsung.

Bagaimanapun, ketika ‘live’ ada peminat tampil menegur penampilannya yang yang dilihat semakin berisi.

“Azar kenapa nampak so gemuk? Yes, saya memang gemuk dan saya happy with it.

“Tak ada masalah kan? Tak ada menyusahkan orang kan? Betul tak,” balasnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet tampil mempertahankan aktres itu.

Malah, ramai yang memuji kecantikan Azar meskipun dia kini kelihatan berisi.

 

 

Scroll to Top