am@hmetro.com.my
Kota Bharu: Larangan rentas sempadan menggunakan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan sejak Disember tahun lalu disambut baik oleh negara jiran, Thailand.
Memaklumkan perkara itu, Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, dengan penutupan sempadan sejak Disember tahun lalu menyebabkan jumlah kemasukan dadah ke negeri ini berkurangan sebanyak 65 peratus.
“Dadah mungkin punca dari kawasan segitiga, mungkin dari Laos dan sebagainya serta lalu Thailand. Negara jiran kita menyambut baik dengan langkah menutup sempadan negara.
“Alhamdulillah, ini jihad saya dan mengambil tanggungjawab untuk memerangi dadah walaupun saya pernah diancam. Saya serah kepada Allah SWT.
“Dengan penutupan sempadan itu jumlah dadah yang masuk ke negara ini berkurangan,” katanya pada forum perbincangan Ketua Polis Kelantan ‘Cakna Remaja: Elak Gejala Sosial, Bina Masa Depan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Pengkalan Chepa, hari ini.
Mengulas lanjut beliau berkata, masyarakat di sempadan negara juga boleh terima dengan langkah tutup sempadan.
Menurutnya, ini berikutan dadah berkurangan masuk ke negeri ini dan bekalan masuk menerusi jalan laut dan misalnya tangkapan dadah lebih RM13 juta di Perlis.
© New Straits Times Press (M) Bhd




