Fernandes tolak tawaran RM1 bilion, gaji RM4 juta seminggu

Fernandes tolak tawaran RM1 bilion, gaji RM4 juta seminggu

London: Bruno Fernandes menolak tawaran bernilai £200 juta daripada gergasi Arab Saudi, Al-Hilal, menurut laporan, hari ini.

Gergasi Liga Pro Saudi itu menunjukkan minat yang tinggi terhadap kapten Manchester United itu sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Malah telah menghubungi terus dengan pihak pemain terbabit minggu lalu.

Mail Sport mendedahkan ejen Fernandes, Miguel Pinho menghabiskan tiga hari di hotel Four Seasons di Riyadh minggu lalu, di mana beliau mengadakan perbincangan secara bersemuka dengan pegawai kelab tersebut.

Kelab Arab Saudi itu dikatakan mengemukakan tawaran bernilai £200 juta untuk kontrak tiga tahun dan bersedia untuk membida sekitar £100 juta bagi mendapatkan pemain tengah itu.

Namun, laporan pada pagi Selasa mendakwa Fernandes membuat keputusan mengenai masa depannya dan menolak tawaran daripada gergasi Saudi itu.

Menurut Fabrizio Romano, pemain tengah kreatif dari Portugal itu mahu terus bermain pada ahap tertinggi bola sepak Eropah.

Perincian Fernandes mahu bermain pada ‘tahap tertinggi di Eropah’ mungkin masih menjadi masalah untuk United yang menamatkan liga di tangga ke-15 dan tewas dalam final Liga Europa.

Sekiranya mereka menang perlawanan itu, menentang saingan Liga Perdana Inggeris, Tottenham, mereka akan layak ke Liga Juara-Juara dan berada dalam kedudukan baik untuk mengekalkan Fernandes.

Masih belum jelas kelab Eropah mana yang berminat mendapatkan Fernandes. Sebagai sebahagian daripada perjanjian, gergasi Saudi itu bersedia untuk menggandakan gaji mingguan Fernandes daripada £280,000 kepada jumlah bebas cukai sebanyak £700,000.

Ramai penyokong United masih tidak pasti mengenai masa depan Fernandes dan dan hakikat bintang itu telah dilihat bersama pemain Al-Hilal.

Pemain tersebut sendiri telah dilihat menghadiri majlis sambutan hari lahir Joao Cancelo pada hujung minggu lalu, di mana mereka berkongsi hidangan bersama bagi meraikan bekas bintang Manchester City itu yang menyambut ulang tahunnya yang ke-31.

Kedua-dua rakan senegara itu akan beraksi bersama skuad kebangsaan Portugal minggu ini, namun masa pertemuan mereka itu hanya menghangatkan lagi spekulasi yang sedia ada.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top