Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah enggan untuk menjawab dakwaan sudah mengikat tali pertunangan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Menurut laporan mStar, Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah hanya mampu mengucap apabila menjawab dakwaan tersebut ketika ditemui media, baru-baru ini.
Sudah bertunang dengan Bella?

“Astaghfirullahalazim, maaf saya dah lambat untuk pergi ke acara seterusnya, nanti saya beritahu.
“Sekarang ni saya cuma fokus pada anak-anak sahaja,” katanya ringkas.
Sementara itu, Syed Saddiq turut berpendirian sama seperti Bella dimana isu peribadi tidak patut dihebahkan kepada orang ramai.
Artikel lain: Amar Baharin luah syukur, selesai agihkan wang infak penyumbang di Madinah
Sudah bertunang dengan Bella?

“Apa yang Bella jawab saya kekal dengan jawapan itu memandangkan dia tiada dengan saya sekarang.
“Dalam bab ini doakan, tambah pula isu peribadi lebih baik kekal sebagai privasi dalam keluarga sahaja.
“Kami juga perlu fokus pada tanggungjawab masing-masing, jadi kita kekalkan sebegitu,” jelasnya.
Terdahulu, tular di media sosial dakwaan Bella dan Syed Saddiq sudah bertunang dan dikatakan bakal melangsungkan perkahwinan.
Sumber: mStar (Amin Hazlan)




