[VIDEO] “Bukan Mata Duitan, Tapi Gila Harta” – Kak KM ‘Sound’ Selebriti Putus Tunang Sebab RM500

[VIDEO] “Bukan Mata Duitan, Tapi Gila Harta” – Kak KM ‘Sound’ Selebriti Putus Tunang Sebab RM500

Usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM, tampil memberi teguran pedas berhubung isu pasangan selebriti yang putus tunang hanya kerana si lelaki dikatakan mempunyai RM500 dalam akaun bank.

Menerusi satu video suntingan daripada siaran langsung yang tular di TikTok, Kak KM menyifatkan tindakan selebriti wanita terbabit sebagai keterlaluan dan seolah-olah menghina lelaki yang sepatutnya menjadi suaminya.

Menurutnya, dalam sesebuah hubungan, terutamanya sebelum perkahwinan, pasangan sepatutnya saling menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing.

“Tak betullah macam tu. Kalau sebab RM500 terus nak putus tunang, itu bukan mata duitan lagi dah, itu gila harta.

“Kalau dalam bank dia ada RM500 juta pun, belum tentu untuk kau. Duit dia tetap hak dia. Kau belum kahwin pun lagi. Ramai orang berkira bab duit, tapi tak fikir panjang,” katanya.

Kak KM turut menyifatkan perbuatan memperlekehkan pasangan seperti itu sebagai tidak wajar, malah bersyukur pertunangan itu berakhir lebih awal.

“Dia hina, tapi bagus putus tunang. Orang yang menghina ni pergi mampus sebab tak boleh cakap macam tu. Waktu bercinta dan bertunang itulah masanya nak belajar terima baik buruk masing-masing,” katanya lagi.

Mengimbas kisah peribadinya, Kak KM turut berkongsi dia dan suami juga memulakan kehidupan rumah tangga dari bawah tanpa kemewahan, namun kekal utuh hingga cecah usia perkahwinan 23 tahun.

“Waktu kami kahwin dulu pun, kami tak ada apa-apa. Tapi perkahwinan itu tentang susah senang bersama. Bila susah sama-sama, barulah senang nanti kita tahu hargai pasangan,” ujarnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong pandangan berani Kak KM itu dan memuji keberaniannya menyuarakan kebenaran.

Terdahulu, media sosial kecoh dengan pendedahan pelakon, Saidah Kamarudin yang memaklumkan punca pertunangannya dengan pelakon Muntazar Ghufran terlerai disebabkan isu kewangan.

@st4rbbyyie

#kakkmlianarosli #kakkmcore #kakkm

♬ original sound – st4rbbyyie – st4rbbyyie

Scroll to Top