Tiada unsur jenayah kes lelaki Taiwan digilis LRT

Tiada unsur jenayah kes lelaki Taiwan digilis LRT

am@hmetro.com.my

Shah Alam: Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kejadian seorang lelaki warga Taiwan yang maut digilis tren Transit Aliran Ringan (LRT) di Stesen Pusat Bandar Puchong, Selasa lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussien Omar Khan berkata, siasatan kes terbabit kekal diklafisikasikan sebagai mati mengejut (SDR) seperti sebelum ini.

“Itu kita siasat di bawah SDR (mati mengejut), tiada sebarang unsur jenayah. Daripada awal memang siasat di bawah SDR.

“Kita ada semua keterangan menunjukkan bahawa dia (mangsa) jatuh atas kelakuannya sendiri,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati, lelaki berusia 63 tahun itu berjalan berseorangan sebelum terjatuh digilis tren LRT berkenaan.

Lelaki itu direkodkan masuk ke Malaysia pada 31 Mei lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top