Oh! Artis
Seorang selebriti lelaki terlibat kes amang seksual, netizen mula banjir ruangan komen dengan kecaman.
Makin banyak pula nama pelakon dan penyanyi yang kena petik erk. Ini semua disebabkan laporan laporan tentang seorang selebriti lelaki ditahan polis atas dakwaan kes amang seksual melibatkan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.
Walaupun pihak berkuasa belum dedahkan nama, netizen dilihat sudah ‘pandai-pandai’ buat andaian berdasarkan petunjuk yang tersebar di media sosial.
Netizen mula serang ruangan komen IG selebriti terkenal…

Tinjauan kami mendapati ruangan komen Instagram milik seorang selebriti mula dibanjiri dengan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya terkejut, marah dan kecewa.
Kalau bukan engkau orangnya, kau balas pada satu komen yang kau bukan orangnya. Kalau awak senyap sahaja maknanya memang awak.- Komen Netizen.
Dulu memang minat gila dia ni. Tetapi sejak suka serang orang sana sini sejak dari zaman PKP dengan ayat-ayat ‘cringe’ terus automatik tak suka dengan dia.- Komen seorang lagi netizen.
Ada juga yang sampai kata syaitan pun pening tengok perangai selebriti tersebut! Dan kalau tengok, sehingga kini selebriti terbabit masih mendiamkan diri dan netizen mula berkampung di ruangan komen.
Pernah menang anugerah berprestij tapi kini dicemuh…

Apa yang lebih mengejutkan, selebriti tersebut dikatakan pernah memenangi anugerah besar dalam industri hiburan tanah air. Tapi kini, reputasinya terus menjunam akibat isu yang sangat serius ini.
Ramai netizen menyeru supaya selebriti terbabit tampil membersihkan nama jika benar tidak bersalah, bukan hanya berdiam diri.
Dalam kekecohan ini, timbul juga suara dari kalangan peminat dan netizen yang mencadangkan agar pihak produksi menggantikan pelakon utama filem sekuel yang bakal dibintangi selebriti tersebut.
Disahkan polis, ditahan di hotel sekitar Selangor…

Pada Rabu lalu, polis mengesahkan penahanan seorang selebriti lelaki selepas laporan diterima berhubung kes amang seksual terhadap seorang remaja.
Difahamkan, mangsa mengenali selebriti itu semasa bekerja di sebuah kafe sebelum kejadian didakwa berlaku di sebuah hotel di Selangor.
Pssttt! Kalau benar apa yang didakwa, ini bukan sekadar isu hiburan tapi soal keselamatan remaja. Selebriti bukan maksum dan pengaruh tak beri lesen untuk salah guna kuasa. Kalau tidak bersalah, bersuaralah. Kalau bersalah, bersedialah. Jangan sampai hilang segala-galanya hanya kerana nafsu dan ego.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!