“Bella Mungkin Boleh Berlakon Dekat Set, Tapi Bukan Dengan Saya”- Syed Saddiq

“Bella Mungkin Boleh Berlakon Dekat Set, Tapi Bukan Dengan Saya”- Syed Saddiq

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sekali lagi mencuri perhatian selepas dipanggil menjadi tetamu jemputan di sebuah stesen radio baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video tular di platform TikTok, Syed Saddiq kelihatan menerima panggilan dari individu wanita yang dikenali sebagai Hana.

Menurutnya, selain mengikuti perjalanan kerjaya Syed Saddiq, dia juga teruja mahu Ahli Parlimen Muar itu berkongsi pengorbanannya sepanjang bergelar ahli politik.

“Saya nak bagitahu yang saya memang minat dengan YB. Saya engikuti perjalanan karier beliau.

“Tapi, kalau saya bagi soalan dekat YB boleh ke? Jadi apa pengorbanan YB yang pernah dibuat, boleh kongsikan dengan Hana tak?,” katanya.

Seakan sudah mengenali suara pemanggil yang dikenali sebagai ‘Hana’, Syed Saddiq bagaimanapun terus memberikan jawapan kepada persoalan yang diajukan.

“Saya ingat pengorbanan yang susah saya nak telan pada tahun 2017, masa tu saya dapat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Oxford bukan sekali tapi dua kali dengan biasiswa penuh dan masa tu saya di persimpangan jalan, sama ada nak pilih untuk berkhidmat dalam negara atau tinggalkan negara dan melanjutkan pelajaran.

“Dan, kalau anda semua tahu keluarga saya berlatar belakangkan cikgu, pensyarah, mak cik banyak cikgu so, ini memang salah satu keutamaan adalah pendidikan dan nak pergi ke Univeristi Oxford ni adalah salah satu impian saya daripada dahulu.

“Tapi  masa tu saya harus buat keputusan sukar dan hinggalah ke hari ini,” jawabnya.

Namun, sedar dengan ‘prank’ kedua penyampai, Syed Saddiq bagaimanapun tersenyum, lantas memaklumkan dia mengenali suaran pemanggil tersebut yang juga penyanyi, Bella Astillah.

“Kau orang scam aku? Saya boleh tahu suara orang termasuklah penggunaan ‘Eh’, ‘Ah’  saya dah tahu dah.

“Bella mungkin boleh b erlakon dekat set, tapi tak boleh berlakon dengan saya lah,” jelasnya.

 

Scroll to Top