“Sebab RM500? Gila Harta!” – Kak KM Bersuara Mengenai Pelakon Putus Tunang | Trending – Oh! Media

“Sebab RM500? Gila Harta!” – Kak KM Bersuara Mengenai Pelakon Putus Tunang | Trending – Oh! Media

Trending

Kak KM ‘naik angin’ isu selebriti putus tunang sebab duit. “RM500 je dah nak putus? Gila harta!”


Usahawan sensasi, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli tidak berdiam diri apabila mendapat tahu tentang seorang selebriti wanita yang didakwa memutuskan pertunangan hanya kerana isu kewangan.

Menerusi siaran langsung di TikTok, Kak KM dengan lantang menyelar tindakan individu terbabit yang disifatkan terlalu pentingkan duit dalam sebuah hubungan.

Kalau kau tiba-tiba nak putus tunang sebab RM500, bukan mata duitan lagi dah tapi gila harta!

“Belum kahwin, duit dia bukan duit kau!” – Kak KM

Tambah Kak KM, walaupun pasangan mempunyai wang berjuta dalam akaun, itu bukan jaminan untuk memiliki sepenuhnya kekayaan tersebut, lebih-lebih lagi jika belum bernikah.

Duit dia adalah duit dia, kau belum kahwin pun. Kalau bukan untuk kau, tetap bukan milik kau. 

Jangan malukan pasangan kerana isu duit

Kak Km

Kak KM turut menegur tindakan memburukkan pasangan secara terbuka hanya kerana kekurangan kewangan. Katanya, fasa perkenalan adalah waktu untuk saling menerima kekurangan, bukan mencari alasan untuk menghina.

Dia hina lelaki tu ya? Bagus putus tunang. Sepatutnya dalam tempoh berkawan tu, kau terima seadanya pasangan kau tu.

Netizen setuju, cinta bukan tentang duit semata

Kak Km

Kalau korang tengok ruangan komen, ramai netizen menyokong kenyataan Kak KM dan menyifatkan bahawa perhubungan yang tulen tidak seharusnya bergantung sepenuhnya pada kewangan.

Ada juga yang memuji Kak KM kerana berani bersuara tentang isu yang sering disorokkan oleh masyarakat.

Pssttt! Cinta sejati tak bergantung pada tebalnya dompet, tapi ketulusan hati untuk menerima pasangan seadanya. Jangan biarkan nilai ringgit menentukan nilai seseorang.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top