Trending
Sissy Imann enggan ulas lanjut bila dikaitkan dengan selebriti lelaki yang terlibat kes gangguan seksual remaja.
Penyanyi dan pengacara, Sissy Imann tampil memberikan reaksi selepas namanya dikaitkan dengan selebriti lelaki yang ditahan kerana melakukan gangguan seksual terhadap remaja 17 tahun.
Menurut laporan mStar, Sissy memilih untuk tidak mengulas lanjut, menyifatkan dirinya bukan individu yang sesuai untuk memberi sebarang komen.
Saya sedar mengenai berita yang sedang tersebar sekarang ini, tetapi saya tidak berada dalam kedudukan yang sesuai untuk memberikan sebarang komen. Saya minta maaf.
Terdiam bila ditanya secara live

Ketika mengendalikan rancangan Melodi, rakan pengacaranya Fikry Ibrahim berseloroh menanyakan sama ada benar suspek adalah rakan baiknya seperti yang didakwa netizen.
Sissy ketika itu kelihatan terdiam, tanpa memberi sebarang pengesahan atau penafian situasi yang mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan penonton.
Kes masih dalam siasatan

Untuk rekod, pada 4 Jun lalu, media melaporkan seorang pelakon dan penyanyi lelaki ditahan polis selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan di sebuah hotel di Selangor.
Mangsa berusia 17 tahun itu dikatakan berkenalan dengan suspek di sebuah kafe sebelum beberapa kali keluar bersama dan akhirnya dibawa ke hotel.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.