Lembu korban mengamuk, pijak budak

Lembu korban mengamuk, pijak budak
Suasana kelam-kabut ketika kejadian.

Suasana kelam-kabut ketika kejadian.

BANDUNG – Suasana penuh harapan menjelang ibadah korban di sebuah masjid bertukar cemas apabila seekor lembu seberat 500 kilogram (kg) mengamuk sebelum sempat disembelih, menyebabkan lima individu termasuk beberapa kanak-kanak cedera.

Insiden itu berlaku sekitar jam 11 pagi pada Jumaat ketika haiwan berkenaan diturunkan dari lori untuk dibawa ke lokasi penyembelihan.

Menurut Panitia Pemotongan Hewan Kurban, kejadian bermula apabila lembu ketiga yang baru diturunkan tiba-tiba bertindak agresif dan berlari ke arah kumpulan orang awam yang sedang menyaksikan proses berkenaan.

“Mungkin lembu itu tertekan kerana ramai orang. Waktu itu dua ekor sudah diturunkan, tapi yang ketiga ini terus mengamuk,” katanya.

Dalam sekelip mata, lembu itu merempuh beberapa motosikal dan memijak lima mangsa, termasuk empat kanak-kanak.

Seorang mangsa dewasa mengalami kecederaan di kepala akibat terjatuh dan terhantuk motosikal, manakala seorang kanak-kanak dilaporkan patah tulang tangan kiri.

“Yang luka sudah kami bawa ke unit kecemasan dan dirawat oleh pihak perubatan,” jelasnya.

Lembu itu kemudiannya melarikan diri sebelum berjaya ditenangkan dan diikat di halaman sebuah rumah.

Scroll to Top