Selebriti disyaki amang seksual remaja dituduh di mahkamah Selasa ini

Selebriti disyaki amang seksual remaja dituduh di mahkamah Selasa ini

hafidzul@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon terkenal disyaki terbabit amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun akan dituduh di Mahkamah Putrajaya, Selasa ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya sudah memperoleh arahan untuk pendakwaan daripada Pejabat Pendakwa Raya Selangor.

“Suspek akan dituduh mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap. Kanak-kanak 2017 kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa dan pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Putrajaya pada Selasa (17 Jun).

“Polis komited dalam memastikan keadilan ditegakkan dan siasatan dijalankan dengan teliti bagi melindungi hak mangsa serta menjamin ketelusan proses perundangan,” katanya.

Terdahulu, Hussein memaklumkan remaja perempuan berusia 17 tahun yang disyaki menjadi mangsa amang seksual oleh penyanyi dan pelakon terkenal dipercayai peminat kepada artis terbabit.

Menurutnya, siasatan mendapati mangsa pernah bertemu suspek sebanyak dua kali semasa menghadiri konsert artis terbabit.

“Polis percaya mangsa merupakan peminat kepada selebriti itu,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top