Istanbul: Seorang pegawai Iran pada Isnin berkata Pulau Kharg dibom ‘beberapa kali oleh musuh AS-Israel’, namun serangan itu tidak menghentikan pengeluaran minyak di pulau berkenaan, lapor Anadolu Ajansi memetik media tempatan.
Kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat minyak nasional Iran itu dibuat sebagai respons terhadap kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sebelum ini bahawa “Pulau Kharg telah dimusnahkan”, menurut agensi berita Fars.
“Tiada satu pun kerja yang sedang dilaksanakan di Kharg terhenti.
“Beberapa projek kini sudah siap antara 20 hingga 30 peratus dan kerja mengenainya masih diteruskan,” kata beliau.
Pada Ahad, tentera AS menyerang dua pelancar Iran di Pulau Larak, sekali gus menandakan serangan pertama AS ke atas wilayah Iran sejak akhir Julai, menurut seorang pegawai AS kepada Axios.
Sebagai tindak balas, Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran berkata pihaknya menyerang pangkalan AS di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Jordan menggunakan peluru berpandu serta dron.
© New Straits Times Press (M) Bhd

