Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah meraih tumpuan ramai selepas tular sebuah foto di platform TikTok.
Menerusi video tersebut, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 31, menjadi perbualan netizen yang rata-rata tertumpu kepada simbol subang yang dipakainya.
Berdasarkan pemerhatian XTRA, Bella memakai subang simbol abjad ‘SS’ berwarna perak ketika menghadiri undangan sebagai duta sebuah produk kosmetik terkenal di Korea Selatan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen seakan mendakwa subang ‘SS’ tersebut adalah akronim nama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Sebelum ini, kemesraan antara Bella dan Saddiq mencuri perhatian ramai apabila mereka beberapa kali dilihat tampil bersama di khalayak.
Malah, timbul spekulasi mendakwa pasangan ini bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Nanti Saya Maklumkan” – Didakwa Dah Bertunang, Bella Astillah & Syed Saddiq Respons
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peminat Teruja Syed Saddiq Gelar Bella Astillah ‘My Iron Lady’ – “Tak Perlu Declare Bercinta, Ayat Itu Dah Buktikan Semua”