Finalis MasterChef Malaysia Bersalah, Bunuh Pembantu Rumah

Finalis MasterChef Malaysia Bersalah, Bunuh Pembantu Rumah

Oh! Tidak

Finalis MasterChef Malaysia dijatuhkan hukuman penjara 34 tahun kerana bunuh dan dera pembantu rumah.


Nama dikenali ramai kerana muncul dalam rancangan MasterChef Malaysia. Tapi siapa sangka, di sebalik populariti itu, tersimpan kisah kejam yang kini menggemparkan negara.

Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 34 tahun terhadap Etiqah Siti Noorashikeen Sulang, 37, dan bekas suaminya, Mohammad Ambree Yunos, 44, atas kesalahan membunuh pembantu rumah mereka.

Mangsa didera, tak dibayar gaji & tak dibenar pulang…

Masterchef

Mangsa, Nur Afiyah Daeng Damin, 28, warga Indonesia, dipercayai dibunuh antara 8 hingga 11 Disember 2021 di kediaman pasangan itu di Amber Tower, Penampang.

Menurut Hakim Lim Hock Leng, bukti menunjukkan penderaan terhadap mangsa berlaku secara berterusan hingga mengakibatkan kecederaan teruk.

Timbalan Pendakwa Raya, Dacia Jane Romanus, memohon hukuman berat kerana tindakan mereka dianggap kejam dan mengejutkan rakyat Malaysia.

Bekas suami Finalis MasterChef Malaysia dikenakan sebatan, Etiqah terkecuali…

Masterchef

Ambree turut dikenakan 12 sebatan manakala Etiqah dikecualikan atas faktor jantina. Pasangan ini didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun, serta sebatan.

Hakim menyatakan bahawa pihak pembelaan gagal membuktikan sebaliknya, malah semua bukti menunjukkan penderaan yang berlarutan menjadi punca kematian.

Pssttt! Dalam dunia penuh tekanan, tak sepatutnya ada manusia dilayan sebegitu rupa – apatah lagi mereka yang bekerja untuk kita. Kes ini jadi peringatan besar buat semua majikan. Jangan sampai kuasa dan kedudukan menjadikan kita hilang nilai kemanusiaan. Semoga keadilan buat arwah Nur Afiyah benar-benar ditegakkan.

Kredit: The Star
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top