hidayah.tanzizi@hmetro.com.my
Sepang: Polis sedang mengesan dua lelaki yang melarikan diri dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Dengkil, di sini, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Mior Mohd Nor Azuan Alias berkata, kejadian dipercayai berlaku, jam 8.40 pagi.
“Polis sedang menjalankan usaha mengesan kedua-dua lelaki berkenaan,” katanya pada kenyataan.
Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan kejadian itu.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan keberadaan kedua-dua individu terbabit diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di talian 03-87774222 atgau balai polis berhampiran.
Terdahulu, hantaran dan gambar dua lelaki dipercayai tahanan PUSPEN Dengkil didakwa melarikan diri dikongsikan tular di media sosial.
Hantaran berkenaan memaklumkan, kedua-dua individu itu dipercayai melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan curi Nissan Frontier bernombor pendaftaran WMK 1809.
“Mohon semua pihak berwaspada dan sekiranya terlihat kenderaan atau individu berkenaan, jangan cuba mendekati atau mengambil tindakan sendiri.
“Segera maklumkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk tindakan lanjut,” tulis hantaran itu.
© New Straits Times Press (M) Bhd

