Dakwaan Alami Masalah Kesihatan, Nora Ariffin Minta Henti Sebar Berita Palsu – “Mengarut! Tolong Hentikan”

Dakwaan Alami Masalah Kesihatan, Nora Ariffin Minta Henti Sebar Berita Palsu – “Mengarut! Tolong Hentikan”

Penyanyi Datuk Nora Ariffin meminta orang ramai untuk tidak menyebarkan berita palsu mendakwa dia mengalami kesihatan dan kini berada dalam keadaan yang kritikal.

Menerusi perkongsian di ruangan Instagram Story (IGS), Nora kelihatan memuat naik semula perkongsian berita tersebut sekaligus menyifatkan ia sesuatu yang mengarut dan perlu dihentikan.

Dalam hantaran berkenaan, suaminya, Dr Rushdi kelihatan memohon orang ramai mendoakan kesihatan Nora yang dilaporkan dikejarkan ke hospital.

“Mengarut! Tolong hentikan,” tulisnya.

Memetik laporan mStar, pelantun lagu Desa Tercinta itu kini berada dalam keadaan baik.

Tambahnya, ini bukanlah kali pertama dia terpalit dengan tuduhan palsu seperti berita tular tersebut.

“Sudah banyak kali keluar iklan sebegini. Mengarut.

“Alhamdulillah, saya kini baik-baik sahaja,”jelasnya.

Scroll to Top