Berjaya Tamatkan Larian Di Duathlon Terbesar Di Dunia, Syed Saddiq ‘Kantoi’ Lagi Panggil Bella Sayang

Berjaya Tamatkan Larian Di Duathlon Terbesar Di Dunia, Syed Saddiq ‘Kantoi’ Lagi Panggil Bella Sayang

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman teruja apabila berjaya menamatkan larian dengan catatan masa tiga jam, tiga puluh empat minit sekaligus memecahkan rekod peribadinya sebelum ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, Saddiq kelihatan keletihan, namun gembira kerana berjaya menamatkan acara duathloan tersebut.

Namun, lebih mencuri perhatian adalah ketika dia bertanyakan keberadaan Bella usai menamatkan larian tersebut.

“Mana Bella?,” soalnya.

Bagaimanapun, sedar dengan tindakan itu, Bella bagaimanapun mendekati Syed Saddiq dan meluahkan rasa bangga dengan pencapaian tersebut.

“Proud of you, “kata Bella ringkas.

Tidak habis disitu, rata-rata netizen mendakwa turut mendengar Syed Saddiq memanggil Bella dengan panggilan manja iaitu ‘sayang’.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, pelantun lagu ‘Lebih Indah Berpisah’ itu juga sempat memuat naik hantaran berupa penghargaan  kepada Syed Saddiq di Instagram miliknya.

“Bangga dengan seseorang yang mungkin tidak menyedari betapa mereka amat mengkagumkan.

“Tahniah atas penamat yang kuat, saya sangat menghormati disiplin dan dedikasi anda,” tulisnya pada kapsyen berkenaan.

Manakala, Syed Saddiq pula turut memuat naik sepotong video pendek mengenai pencapaian dan peningkatannya.

“Powerman classic, duathlon terbesar di dunia! 80 Kilometer (KM) of Bike and run.

“Tahun 2024 catatan peribadi adalah 3 jam 53 minit. Manakala, tahun 2025 berjaya menamatkan duathlon dengan catatan selama 3 jam 34 minit.

“Huge improvement, but more to come,” kongsinya.

 

Scroll to Top