Joey Daud Dedah Pernah Disihir Rakan Pelawak, Pakai ‘Spender’ Terbalik Elak Kena Santau | Oh! Artis – Oh! Media

Joey Daud Dedah Pernah Disihir Rakan Pelawak, Pakai ‘Spender’ Terbalik Elak Kena Santau | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Joey Daud dedah pernah lumpuh akibat disihir dan kongsi petua unik elak gangguan ilmu hitam.


Pelawak dan pelakon terkenal, Joey Daud mendedahkan pengalaman menakutkan apabila pernah menjadi mangsa sihir hingga menyebabkan separuh badannya lumpuh.

Menerusi podcast di Ashhhrapp Channel, Joey berkata kejadian itu berlaku ketika dia menyertai sebuah program lawak terbitan stesen televisyen swasta.

Kawan sendiri punya kerja!

Katanya selepas persembahan, telinganya tiba-tiba berdesing, badan berpeluh dan tangannya langsung tidak dapat digerakkan.

Dua hospital telah dikunjungi namun doktor hanya mendapati bacaan kolesterolnya tinggi tetapi tak cukup untuk menyebabkan kelumpuhan.

Selepas menerima rawatan daripada seorang ustaz, baru dia tahu bahawa rakannya sendiri telah membuat kerja terkutuk itu.

Meski tahu siapa pelaku, Joey tak mahu berdendam dan biar Allah SWT yang membalasnya.

Pakai seluar dalam terbalik, petua elak sihir

Lebih mengejutkan, Joey turut berkongsi satu petua unik dan luar biasa yang diamalkannya untuk mengelak daripada terkena gangguan ilmu hitam.

Tips untuk mengelak daripada orang buat kita. Benda ini macam kelakar, tapi kalau dari segi logik akal macam betul. Apa yang kita pakai ini jangan sempurna. Macam baju kita kena pakai sempurna la. Paling tak sempurna, kita boleh pakai seluar dalam terbalik. Jadi, benda itu tak sempurna. Kalau dia nak datang, tak sempurna dia akan patah balik. Seluar dalam hanya kita saja yang tahu, benda itu terbalik. Paling kuat pun isteri kita.

Joey menjelaskan bahawa salah satu cara untuk melindungi diri daripada sihir ialah dengan memakai seluar dalam secara terbalik.

Pssttt! Baru tahu Joey pernah kena gangguan macam ni. Tapi tips spender terbalik tu betul ke?

Kredit: TikTok @ashhrapp_channel
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top