Terkini! Syed Saddiq Menang Rayuan, Bebas Hukuman 7 Tahun Penjara, Sebatan Dan Denda RM10 Juta | Oh! Negara – Oh! Media

Terkini! Syed Saddiq Menang Rayuan, Bebas Hukuman 7 Tahun Penjara, Sebatan Dan Denda RM10 Juta | Oh! Negara – Oh! Media

Oh! Negara

Mahkamah Rayuan hari ini … Syed Saddiq di atas tuduhan pecah amanah dan penggubahan wang haram.


Selepas lima tahun berjuang, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya bebas kes sabitan dan hukuman kerana bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta serta pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu melalui panel tiga hakim iaitu Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin.

Hakim Datuk Noorin ketika membacakan alasan penghakiman berkata, pertuduhan dihadapi Syed Saddiq tidak berasas dan pendakwaan gagal membuktikan kesalahan bersubahat walaupun pada peringkat kes prima facie.

Perbuatan mengeluarkan wang itu sendiri tidak memenuhi elemen actus reus (perlakuan fizikal jenayah).

Menurutnya lagi, pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen bersubahat yang dikaitkan dengan Syed Saddiq dan sabitan Mahkamah Tinggi terhadap keempat-empat pertuduhan itu dianggap tidak selamat.

Panel turut memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini telah tersalah arah dalam menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta terhadap beliau.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi mendapati ahli politik muda itu bersalah atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Armada.

Syed Saddiq diberi penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan dan hari ini rayuannya berjaya!

Kredit:
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top