Ops Gegar: 2 pusat urut diserbu

Ops Gegar: 2 pusat urut diserbu

harisfadli@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kegiatan dua pusat urut tawar perkhidmatan urutan berahi wanita warga asing terbongkar dalam serbuan Ops Gegar di dua lokasi sekitar Cheras, di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, 13 wanita warga asing disyaki terbabit kegiatan tidak bermoral ditahan dalam serbuan itu.

Menurutnya, ketika serbuan dijalankan ada pelanggan yang sedang asyik menerima urutan daripada wanita warga asing terbabit.

“Premis terbabit menawarkan beberapa pakej termasuk layanan ‘VVIP’ selama 10 jam berharga RM580.

“Semakan dokumen mendapati wanita ini terdiri daripada tujuh Vietnam, Thailand (3 orang), Indonesia (2 orang) dan seorang Laos.

“Tangkapan selebihnya membabitkan lelaki berperanan sebagai penjaga premis dan kapten,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Menurutnya, kesemua warga asing ditahan mengikut Seksyen 6 (1)(c), Seksyen 56(1)d, dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Perkara 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Katanya, kesemua warga asing ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Kuala Lumpur bagi tindakan lanjut.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top