Pendedahan Pak Azad buka mata pihak berkuasa, flat penempatan Rohingya bakal dirobohkan!

Pendedahan Pak Azad buka mata pihak berkuasa, flat penempatan Rohingya bakal dirobohkan!

Sebuah bangunan atau flat yang dikaitkan dengan penempatan haram etnik Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau, Hulu Langat, Selangor dijangka bakal dirobohkan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Flat bakal dirobohkan

Meneurut Pegawai Daerah Hulu Langat, Datuk Mohd Jusni Hashim berkata, kebanyakan struktur berkenaan dibina di atas tanah milik persendirian, manakala sebahagian kecil lagi terletak di kawasan rizab jalan dan sungai.

“Berhubung bangunan kediaman bertingkat yang dimaksudkan, satu tindakan perobohan akan dilaksanakan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa.
“PDT Hulu Langat bersama semua agensi penguatkuasaan daerah sentiasa komited dalam menjalankan tindakan penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah kerajaan berlandaskan lunas undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mohd Jusni turut memaklumkan bahawa tindakan penguatkuasaan termasuk operasi perobohan pernah dilaksanakan sebelum ini menerusi operasi bersepadu yang dijalankan bersama beberapa agensi berkaitan pada tahun 2017.

“Untuk rekod PDT Hulu Langat mengeluarkan Notis Amaran Pendudukan Secara Tak Sah kepada pemilik struktur kediaman terbabit pada tahun 2017, 2020, 2021 dan terbaru pada 13 Mac 2025 selaras dengan kesalahan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (Akta 828),” katanya.

Pada Selasa, media melaporkan satu pendedahan telah dibuat oleh selebriti dan penyampai radio, Azad Jasmin, 50, mengenai kewujudan sebuah bangunan empat tingkat yang kelihatan uzur di Hulu Langat.

Pendedahan itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, lebih-lebih lagi apabila bangunan tersebut didakwa mempunyai kaitan dengan penempatan haram etnik Rohingya.

Perkara itu turut mendapat perhatian Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan terhadap struktur yang dibina tanpa kebenaran di kawasan berkenaan telah lama dilaksanakan.

Artikel lain: Pak Azad terkejut, temui ‘flat 4 tingkat’ dihuni etnik Rohingya -“Binaannya nampak pelik”

Menurut beliau, beberapa agensi termasuk PDT Hulu Langat, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia terlibat dalam operasi, siasatan serta penguatkuasaan di lokasi tersebut.

“Pelbagai tindakan telah diambil sejak tahun 2016 termasuk pengeluaran notis amaran, kompaun, operasi bersepadu, siasatan serta tindakan perobohan.
“Kerajaan Negeri menegaskan akan terus memantau keadaan semasa dan mengambil tindakan sewajarnya berlandaskan undang-undang yang sedia ada,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.

Sumber: Facebook Amirudin Shari

Scroll to Top