“Kebetulan Sama, Saya Tak Tipu” – Amira Othman Respons Baju ‘Sedondon’ Lagi Dengan Fattah Amin

“Kebetulan Sama, Saya Tak Tipu” – Amira Othman Respons Baju ‘Sedondon’ Lagi Dengan Fattah Amin

Penyanyi, Amira Othman tampil memberi respons berhubung busana ‘sedondon’ berona putih bersama aktor, Fattah Amin meskipun mereka berada di acara yang berbeza pada hari yang sama.

Menerusi sepotong video sesi siaran langsung tular di TikTok, Amira berkata penampilannya yang dikatakan sedondon itu hanyalah kebetulan, dan tidak dirancang sama sekali.

“Sama tu kebetulan, serius saya tak tipu. Saya tak tahu dia nak pakai baju warna apa, dia pun tak tahu saya nak pakai baju warna apa. Saya tak tipu, tak baik cakap saya tipu,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengusik pelantun lagu Dalam Sujudku ini dengan mengatakan semuanya adalah takdir dan jodoh.

@_fattmira

Takde yang kebetulan, semuanya takdir😊#amiraothman #fattahamin #ourfas #doabaikbaik🤲 #amiracleforfattah

♬ suara asli – MeliricStory – Lyric Story

Sebelum ini, Amira mengakui Fattah adalah antara lelaki yang rapat dengannya dalam industri seni.

Artikel Berkaitan: Amira Othman Akui Fattah Amin Antara Lelaki Paling Rapat

Scroll to Top