Oh! Negara
Syed Saddiq umum berehat dari politik lepas dibebaskan mahkamah. Nak fokus kehidupan peribadi.
Nama YB Syed Saddiq terus menjadi tumpuan selepas dibebaskan daripada empat pertuduhan berkaitan dana ARMADA. Terbaru, satu klip video tular di TikTok memaparkan beliau mengumumkan keputusan untuk berehat seketika daripada dunia politik.
Pengumuman itu dibuat menerusi siaran langsung yang dimuat naik ke TikTok, sehari selepas Mahkamah Rayuan membebaskan beliau daripada semua pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.
“Izinkan saya bermuhasabah…”- Syed Saddiq.

Dalam video berkenaan, Ahli Parlimen Muar itu menjelaskan bahawa dia kini mahu menumpukan perhatian kepada kehidupan peribadinya yang sebelum ini sering diketepikan demi kepentingan negara.
Izinkan saya mengambil sedikit masa untuk bermuhasabah. Untuk uruskan kehidupan peribadi saya yang selama ini saya letakkan ke tepi demi kepentingan negara di hadapan.
Syed Saddiq turut menyatakan bahawa dia ingin memberi ruang kepada diri sendiri dan keluarga yang sentiasa menyokong perjuangannya dalam diam selama ini.
Bukan berundur tapi mahu kembali dengan perancangan lebih besar…
Walaupun berehat, beliau menegaskan ia bukan bermaksud dia meninggalkan rakyat atau perjuangannya.
Selepas itu, perancangan-perancangan lebih besar akan diumumkan dalam tempoh terdekat.
Sebaliknya, tempoh rehat ini hanyalah seketika sebelum kembali dengan hala tuju dan strategi baru yang akan diumumkan tidak lama lagi.
Pssttt! Selepas melalui tekanan hebat selama beberapa tahun, keputusan Syed Saddiq untuk berehat adalah langkah yang difahami dan dihormati. Mungkin inilah masa terbaik untuk beliau menyusun semula hidup dan kembali dengan lebih kuat. Kita doakan yang terbaik buat YB, kerana perjuangan masih panjang.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!