Bilik Bersepah Jadi Punca Lelaki Maut Ditikam Rakan Serumah

Bilik Bersepah Jadi Punca Lelaki Maut Ditikam Rakan Serumah

Oh! Tidak

Lelaki maut ditikam rakan serumah akibat bergaduh pasal bilik bersepah di Sungai Pelong.


Siapa sangka isu sekecil bilik bersepah boleh bertukar jadi tragedi berdarah. Seorang lelaki maut selepas dipercayai ditikam rakan serumah dalam satu pergaduhan di sebuah rumah di Kampung Kubu Gajah, Sungai Pelong.

Mangsa yang baru sahaja berpindah dari Kelantan bersama suspek enam bulan lalu maut dengan kesan tikaman di dada dalam kejadian yang mengejutkan penduduk setempat.

Hanya sebab bilik bersepah, nyawa melayang…

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor memaklumkan siasatan awal mendapati pertengkaran tercetus akibat isu dalaman rumah melibatkan keadaan bilik yang bersepah.

Dalam pergelutan tersebut, suspek berusia 40 tahun didakwa menikam mangsa berusia 33 tahun menggunakan pisau.

Hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah.- Katanya dalam kenyataan hari ini.

Suspek direman, kes disiasat di bawah seksyen 302…

Susulan kejadian, suspek telah direman selama enam hari hingga 1 Julai ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Menurut laporan sebelum ini, polis menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pergaduhan yang berlaku sekitar jam 11.26 malam, sebelum menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat tikaman.

Pssttt! Sungguh menyayat hati apabila isu remeh seperti bilik bersepah boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Mungkin ini jadi pengajaran untuk kita kawal emosi dan selesaikan pertikaian secara matang. Yang paling penting, jauhi dadah kerana pengaruhnya boleh merosakkan akal dan hidup seseorang.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top