Mayat lelaki terapung gemparkan pengunjung Taman Tasik Danau

Mayat lelaki terapung gemparkan pengunjung Taman Tasik Danau

harisfadli@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pengunjung di Taman Tasik Danau Kota, Jalan Genting Klang, di sini dikejutkan dengan penemuan mayat di tengah tasik itu, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur (PGOKL) dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu 8.16 pagi.

“Pasukan penyelamat daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak dikerah ke lokasi kejadian mendapati mayat adalah seorang lelaki dewasa.

“Identiti mayat belum dikenal pasti dan terapung di tengah tasik, anggota menggunakan tali dan pengusung untuk membawa naik mayat ke tebing tasik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mayat dibawa naik pada 8.56 pagi dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamed Lazim Ismail ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat berkenaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top