Trending
Kieda Crepe akui bisnes terkesan selepas isu herpes tular. Luah rasa kecewa dan pertimbang nak tutup kedai.
Pempengaruh dan usahawan terkenal, Kieda Crepe akhirnya tampil meluahkan kesan yang dialaminya selepas isu herpes yang tular sebelum ini.
Menerusi sesi siaran langsung di Tiktok, Kieda akui perniagaannya turut menerima tempias akibat perhatian negatif netizen.
Jujur saya cakap, memang terkesan. Saya cakap dekat Amy (suami Kieda), mungkin saya tak cukup baik untuk bantu orang, untuk perjuangkan apa yang saya buat selama ni.
Saya dah minta maaf, semua dah buat” – Kieda Crepe
Dalam luahannya, Kieda turut mempertikaikan sama ada masih wajar untuk meneruskan perniagaannya yang kini semakin terkesan.
Nak kita tutup kedai ke? Sebab saya dah minta maaf, saya dah buat semua benda.
Menurut Kieda, dia tidak pernah menyangka bahawa kehidupannya kini menjadi perhatian luar biasa hanya kerana statusnya sebagai seorang pempengaruh.
Tujuan saya post video tu, untuk kehidupan saya. Tapi saya lupa saya ni influencer yang menjadi tumpuan ramai orang.
Kalau saya peniaga saja mungkin saya tak akan jadi tumpuan macam tu.
Kieda terima teguran netizen, janji berubah

Kieda turut menyatakan bahawa dia tidak marah dengan teguran netizen, malah faham niat mereka yang mahu dia memperbaiki diri.
Orang menegur tu saya faham. Saya faham orang tak nak saya berlarutan buat benda tak elok.
Pssttt! Setiap tindakan di media sosial datang dengan tanggungjawab. Sebagai figura umum, keterbukaan itu baik, tapi biarlah disertai dengan kesedaran dan batasan.
Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.