
Empat orang terbunuh apabila sebuah pesawat ringan Yak-52 terhempas di sebuah padang di Wilayah Moscow. Foto Agensi
MOSCOW – Empat orang terbunuh apabila sebuah pesawat ringan Yak-52 terhempas di sebuah padang di Wilayah Moscow, menurut perkhidmatan kecemasan kepada RIA Novosti pada Sabtu.
“Sebuah pesawat ringan Yak-52 terhempas dan terbakar di padang berhampiran perkampungan Panovo, Daerah Kolomna. Laporan awal menunjukkan empat orang maut,β kata sumber itu kepada RIA Novosti.
Menurut kenyataan perkhidmatan kecemasan wilayah, kebakaran berjaya dipadamkan segera dan tiada kerosakan dilaporkan di kawasan darat.
Jawatankuasa Siasatan Rusia melalui jabatan pengangkutannya memaklumkan pesawat itu terhempas ketika juruterbang cuba melakukan aksi aerobatik “barrel rollβ.
“Data awal menunjukkan nahas berlaku apabila juruterbang melakukan gerakan aerobatik sebelum pesawat terhempas,β menurut kenyataan jawatankuasa itu di Telegram.
Pesawat tersebut dilaporkan berlepas dari lapangan terbang Severka tanpa kebenaran pihak berkuasa penerbangan tempatan, menurut kenyataan itu. Jawatankuasa berkenaan telah memulakan siasatan terhadap insiden berkenaan. – Bernama