Seakan menepis kontroversi mengatakan hubungannya bersama Syed Saddiq kini semakin pudar, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah sekali lagi mencuri perhatian apabila hadir menyambut ulang tahun abang kepada Ahli Parlimen Muar iaitu, Syed Salleh.
Menerusi perkongsian kakak ipar kepada Syed Saddiq, momen manis itu diraikan oleh keluarga tersayang di sebuah restoran makanan Arab terkenal yang terletak di Shah Alam, Selangor.
Namun, apa yang lebih mencuri perhatian, Bella dan Syed Saddiq kelihatan mengenakan baju berona sama iaitu biru gelap.
“Happy birthday to my wonderful husband @syedsalleh. So happy sebab kita dapat meraikan ulang tahun ini dengan keluarga.
“Awak adalah seorang suami dan ayah yang hebat. Dan awak layak mendapat kasih sayang di dunia ini.
“Terima kasih kepada my sister in law yang menakjubkan, @mzsharifahamani dan @bellastillah kerana menolong untuk menjayakan gathering ini,” tulisnya.
Menjenag ke ruangan komen, rata-rata peminat pasangan Bella Astillah dan Syed Saddiq (#BASS) ini mendoakan agar hubungan yang terjalin kekal hingga ke syurga.