“Ada Yang Sapu Pada Muka & Masuk Dalam Plastik ” – Pengamal Syirik Ambil Tanah Kubur Nurly Shahirah

“Ada Yang Sapu Pada Muka & Masuk Dalam Plastik ” – Pengamal Syirik Ambil Tanah Kubur Nurly Shahirah

Pusara pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam nahas kemalangan bas persiaran di Gerik, Perak pada 9 Jun lalu iaitu Nurly Shahirah Azman, 23, terpaksa dipasangkan tali penghadang.

Menerusi perkongsian individu yang dikenali sebagai Ahmad Nazrul, kawasan kubur arwah akan dipasangkan tali penghadang bermula petang Sabtu.

Menurutnya, terdapat segelintir pengunjung yang mengambil tanah kubur milik arwah.

Lebih mengejutkan, ada yang mengambil tanah tersebut lalu disapukan dibahagian muka termasuklah ada juga yang menyimpannya didalam plastik.

Justeru, tidak mahu perkara syirik ini berulang, pihak keluarga mengambil keputusan memasang tali di kawasan kubur.

Tegas Ahmad Nazrul lagi, orang ramai tidak dihalang untuk menziarahi kubur Nurly namun, adalah lebih baik mendoakan arwah.

Dalam pada itu, orang ramai juga dimaklumkan, pihak keluarga Allahyarham Nurly Shahirah tidak akan menerima tetamu pada tarikh yang ditetapkan dan keputusan tersebut adalah muktamad.

Terdahulu, Allahyarham Nurly Shahirah, 23, yang juga seorang hafizah al-Quran, meninggal dunia dalam nahas tragis membabitkan sebuah bas membawa pelajar UPSI yang terbabas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Gerik, Perak, pada 9 Jun lalu.

Difahamkan, orang ramai yang datang menziarahi kubur Nurly mendedahkan, mereka masih mencium bau wangi seperti yang diperkatakan sebelum ini.

Scroll to Top