Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri mencuri perhatian selepas berkongsi sepotong video pendek menerusi platfrom TikTok miliknya.
Video berdurasi satu minit itu, memperlihatkan Aliff dan anaknya, Ammar sedang menjual produk makanan keluarannya sebelum memaklumkan kepada penonton bahawa dia sedang mencari menantu untuk anaknya itu.
“Ada tak orang nak jadi saya punya menantu? Kalau nak jomlah kita berbesan.Ada tak yang nak anak saya ni.
“Anak saya ada kereta Mercedes Benz saya belikan, tengok tu ada ramai yang tengok. Saya nak cari mereka yang tengah tengok live ni,” katanya.
Tidak habis disitu, Aliff Syukri juga memaklumkan, dia akan memberikan wang hantaran bernilai RM50,000, barang kemas, banglo serta kereta mewah sebagai hantaran.
“Hantaran saya bagi RM50,000, barang kemas 12 serba berdiri, rumah banglo saya sediakan. Siapa nak komen nak,” tambahnya.
Mendengar kenyataan Aliff, Ammar bagaimanapun menolak permintaan bapanya itu.
Katanya, dia tidak mahu urusan mencari jodoh dilakukan secara live.
Malah, Ammar lebih terbuka untuk mencari calon isteri di pusat pengajian tinggi kelak.
“Janganlah Abah. Sekrang ni tak ada orang kahwin tiba-tiba macam mana jumpa, kata ‘ayah saya pilih awak dekat live’.
“Tak nak lah Abah. Ammar nak jumpa orang dekat Universiti ke, sekolah ke, ini… macam pelik,” tegasnya.
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat Aliff mengusik anaknya itu.







