Shila Amzah Lancar Lagu ‘Pernah Punya Aku’, Diangkat Dari Kisah Curang POV Ibu Sendiri

Shila Amzah Lancar Lagu ‘Pernah Punya Aku’, Diangkat Dari Kisah Curang POV Ibu Sendiri

Penyanyi popular, Shila Amzah akhirnya tampil dengan lagu baharunya berjudul ‘Pernah Punya Aku’.

Kata Shila atau nama lengkapnya, Nurshahila Amir Amzah, 34, lagu ini ditulis dan dicipta sepenuhnya oleh Shila berinspirasikan daripada kisah ibunya.

“Jangan lupa untuk strim lagu terbaharu saya berjudul ‘Pernah Punya Aku’ yang kini sudah boleh didengari dan lagu ini merupakan karya terbaharu saya. Lagu dan juga lirik ditulis sepenuhnya oleh saya.

“Lagu ini inspirasi daripad akisah benar, POV (point of view) daripada mak saya sendiri. Ini kisah-kisah kecurangan guys, so jangan lupa support lagu ini dan harap anda semua menyukainya,” katanya.

Shila berkongsi perkara itu menerusi hantaran di ruangan Instagram miliknya baru-baru ini selain mempromosikan lagu tersebut.

Sebelum ini, Shila menerusi hantaran berbeza juga ada berkongsi ‘teaser’ memberitahu perkara sama untuk lagu baharunya itu.

Terdahulu, konflik keluarga antara Shila dan keluarga termasuk ibu dan adik-adik, Amir Syafiq serta Syada Amzah menjadi perbualan ramai sekitar penghujung 2023.

Ia ekoran dakwaan Shila dikatakan telah ‘menghalau’ keluar mereka daripada kediaman banglo miliknya.

Shila bagaimanapun menafikan dakwaan menghalau namun ingin memberi kediaman baharu yang lebih selesa buat ibunya, Fauziah Sarman.

Scroll to Top