Peminat muzik tanah air bakal disajikan dengan pengalaman konsert yang penuh emosi, inspiratif dan luar biasa menerusi Ruang Inspirasi Festival (RIF) 2025 yang akan berlangsung pada 17 Ogos 2025 (Sabtu) di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.
Membawa tema ‘muzik yang menyentuh jiwa’, RIF tampil dengan konsep unik yang menggabungkan persembahan muzik bersama perkongsian inspirasi daripada artis jemputan. Edisi kali ini menampilkan Juicy Luicy, kumpulan pop alternatif terkenal dari Indonesia sebagai artis utama.
Dibawakan oleh Expoindo bersama penganjur tempatan, Thrive, RIF bukan sekadar konsert, malah platform untuk menyemai semangat positif melalui muzik dan kisah kehidupan di sebalik lagu.
“Nama Ruang Inspirasi sendiri lahir daripada hasrat untuk mencipta ruang di mana muzik bukan hanya menghibur, tetapi memberi makna dan inspirasi,” kata wakil Expoindo.
Juicy Luicy, yang popular dengan lagu Lantas, Lampu Kuning, dan Sialan, dipilih sebagai tarikan utama memandangkan pengaruh besar mereka dalam kalangan generasi muda Malaysia apatah lagi lagu-lagu mereka dekat dengan emosi pendengar dan sarat dengan mesej kehidupan.
Menariknya, RIF 2025 akan diadakan dalam dua sesi persembahan dalam satu hari iaitu pada waktu tengah hari dan malam.
Penganjur turut menyatakan hasrat untuk meluaskan penganjuran RIF ke bandar-bandar lain di Malaysia, sekaligus menjadikannya platform serantau yang menghubungkan artis dari Indonesia dan Malaysia serta memupuk semangat komuniti melalui muzik.
“Kami mahu RIF menjadi jambatan budaya antara Malaysia dan Indonesia, selain menyebarkan inspirasi dan nilai positif kepada masyarakat,” tambah penganjur.
Harga Tiket (Acara Malam – Juicy Luicy):
-
RM528 – Presale VVIP (Seated)
-
RM328 – Presale VIP (Seated)
-
RM258 – Presale Gold (Seated)
-
RM158 – Presale Platinum (Standing)
-
RM128 – Presale Silver (Seated)
-
RM150 – Tambahan Group Photo
Tiket akan mula dijual pada 3 Julai 2025 (Khamis), jam 12.00 tengah hari melalui aplikasi BBO Events atau laman web rasmi ri-fest.com/kualalumpur.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti RIF di Instagram & TikTok: @rifest.my.