Proton X50 2025 Terbaru Kini Lebih ‘Power’, ‘Sporty’ Dan Pandai Cakap Melayu! | Trending – Oh! Media

Proton X50 2025 Terbaru Kini Lebih ‘Power’, ‘Sporty’ Dan Pandai Cakap Melayu! | Trending – Oh! Media

Oh! Gear

Proton X50 2025 tampil dengan reka bentuk baharu, skrin besar, sokongan Bahasa Melayu dan enjin lebih power!


Proton akhirnya memperkenalkan model X50 2025 yang bukan sekadar tampil dengan rupa baharu dengan teknologi yang canggih. Mesra pengguna pula tu!

Sejak dilancarkan pada Oktober 2020, SUV segmen-B ini kekal sebagai model paling laris dalam kelasnya, dan kini bersedia mencetus fenomena baharu dengan reka bentuk sporty, ciri keselamatan ADAS Tahap 2, dan buat pertama kalinya ada sokongan pengecaman suara Bahasa Melayu. Mantap gila!

Rekaan Proton X50 lebih garang, dalaman lebih mewah!

Proton X50 2025 kini tampil dengan:

  • Gril dan bampar baharu
  • Spoiler belakang sporty
  • Empat saluran ekzos & rim aloi rekaan baru
  • Skema warna dwitona termasuk warna baharu – Teal Bayou Green

Masuk ke dalam kabin pula, anda disambut dengan:

  • Lampu suasana 72 warna
  • Konsol lantai terapung dan column shifter ala kereta mewah
  • Bahan sentuhan lembut untuk rasa lebih premium

Infotainmen canggih, boleh cakap melayu!

Skrin sentuh 14.6 inci kini menyokong Apple CarPlay, Android Auto, dan paling menarik boleh faham suara dalam Bahasa Melayu!

Jangan risau soal kawalan jauh, sebab dengan Aplikasi PROTON Link 2.0, anda boleh:

  • Hidupkan enjin & aircond dari jauh
  • Pantau status kenderaan secara masa nyata
  • Tempah servis dengan satu sentuhan

Lebih laju dan lebih jimat minyak!

Dikuasakan enjin i-GT 1.5 TD dengan 133kW dan 290Nm, model ini mampu pecut 0-100 km/j dalam 7.6 saat – lebih laju daripada model sebelum ini.

Tambahan pula, penggunaan bahan api lebih cekap 4.7%, menjadikannya antara SUV paling menjimatkan dalam kelasnya.

Ciri keselamatan tahap tinggi, keyakinan pun bertambah!

Proton X50

Ciri keselamatan dinaik taraf termasuk:

  • ADAS Tahap 2 + Radar Sisi Belakang (RSRS)
  • Auto Park Assist (APA) & Kamera HD 360 + paparan bawah kereta 180°
  • Penarafan ASEAN NCAP 5 bintang

Pssttt! Teknologi automotif terus berkembang, dan sebagai pengguna bijak, pilihlah kenderaan yang bukan sahaja cantik di mata, tapi selamat dan pintar di jalan raya.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top