UMNO pinda peraturan, benar daftar keahlian dalam talian mulai Isnin – Asyraf Wajdi

UMNO pinda peraturan, benar daftar keahlian dalam talian mulai Isnin – Asyraf Wajdi

am@hmetro.com.my

Melaka: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju menurunkan kuasa kepada Jawatankuasa Rumah Bangsa bagi mempercepat dan mempermudahkan urusan terutama berkaitan perlembagaan parti termasuk keahlian.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan sebarang proses yang sedang berjalan dapat dilaksanakan dengan lebih lancar.

Sebelum ini, katanya kebanyakan isu berkaitan perlembagaan hanya boleh dibincangkan dan diputuskan dalam MKT sahaja.

“Tadi MKT menurunkan kuasanya kepada Jawatankuasa Rumah Bangsa agar perkara ini boleh dipercepat dan dipermudahkan.

“MKT juga membuat pindaan terhadap Peraturan Keahlian UMNO dengan membolehkan pendaftaran secara dalam talian bagi mempermudah kemasukan ahli baharu terutama dalam kalangan anak-anak muda bermula Isnin ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Mesyuarat MKT yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini, pada Jumaat.

Mengulas lanjut beliau berkata berdasarkan tinjauan dan kajian dilakukan mendapati Pemuda dan Puteri UMNO dalam tempoh dua minggu ini di media sosial mendapati kira-kira 2,800 golongan muda berminat menyertai parti itu.

“Tadi Puteri UMNO sahaja melaporkan lebih 1,500 yang menyatakan minta untuk menyertai UMNO, manakala Pemuda UMNO lebih kurang 1,300 orang.

“Jadi kita telah pun meluluskan pindaan terhadap peraturan pendaftaran keahlian itu,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top