LATEST

Malaysia gesa ASEAN-Korea Selatan perkukuh kerjasama banteras jenayah siber – Anwar

Malaysia gesa ASEAN-Korea Selatan perkukuh kerjasama banteras jenayah siber – Anwar

Kuala Lumpur: Malaysia menekankan keperluan memperkukuh kerjasama antara ASEAN dan Korea Selatan dalam membanteras jenayah rentas sempadan, khususnya penipuan dalam talian.

Baca juga: Ismail Lasim letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu antara isu utama yang diketengahkan Malaysia pada Sidang Kemuncak ASEAN-Republik Korea (ASEAN-ROK) ke-27, selain kepentingan memperluas perdagangan, pelaburan serta kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan ekonomi digital.

Beliau berkata sidang kemuncak itu, turut membincangkan hala tuju hubungan dialog dan kerjasama strategik antara ASEAN dengan Republik Korea.

“Malaysia turut menyokong pendekatan dialog berterusan dan penyelesaian secara aman, bagi menjamin keamanan serta kestabilan di Semenanjung Korea.

“Komitmen ini mencerminkan pendirian Malaysia untuk terus memperkukuh kerjasama serantau dan hubungan antarabangsa demi kepentingan bersama,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran di X.

Korea Selatan merupakan rakan dagang kelima terbesar ASEAN, dengan nilai perdagangan berjumlah RM851.76 bilion pada 2024, manakala pelaburan langsung asing dari negara itu ke rantau ASEAN mencatatkan RM30.71 bilion dalam tempoh sama.

Anwar mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung di Manila dari 15 hingga 17 November.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news