Malaysia sedia ‘perangkap’ Pakistan Oleh ROZAIDI ZULKIFLI rozaidi.zulkifli@mediamulia.com.my IPOH: Pembantu jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan, Azrul Effendy Bistamam mengingatkan pemain-pemain, tidak perlu berasa gentar untuk turun pada aksi pertama Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2024 menentang Pakistan di Stadium Azlan Shah, hari ini. Jelasnya, jika dibandingkan daripada segi persediaan pasukan, Malaysia lebih baik berbanding Pakistan bagi mengharungi kejohanan ini. “Jika daripada segi persediaan, kita berkali lebih baik daripada Pakistan yang berlatih dalam tempoh singkat berbanding kita yang bermula 19 Mac lalu dan bagi saya untuk mencatat kemenangan menentang Pakistan sebenarnya bukan satu masalah. “Paling penting pemain sendiri kena bermain dengan penuh keyakinan dan mengikut segala taktikal yang direncana oleh barisan jurulatih pada aksi esok (hari ini),” katanya kepada Utusan Malaysia semalam. Untuk rekod, pertemuan terakhir Speedy Tigers menentang Pakistan di pentas PSAS 2022 adalah pada November 2022 yang berakhir dengan keputusan 1-1 dan edisi ke-29 itu juga menyaksikan Malaysia muncul juara buat kali pertama selepas 39 tahun di kejohanan berkenaan. Ketika ditanya mengenai keharmonian dalam pasukan, Azrul menyifatkan semuanya tampak baik antara pemain junior mahupun senior. “Saya lihat apabila ke mana-mana semua sekali, dan tiada jurang besar antara pemain senior dan junior. “Keharmonian pasukan semua baik dan semua sudah bersedia untuk turun beraksi pada perlawanan esok (hari ini,” jelasnya. Selepas menentang Pakistan, skuad hoki negara yang berada di ranking ke-13 dunia akan menentang Kanada (5 Mei), juara dua kali New Zealand (7 Mei), Jepun (8 Mei) dan juara tiga kali Korea Selatan (10 Mei).

IPOH: Pembantu jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan, Azrul Effendy Bistamam mengingatkan pemain-pemain, tidak perlu berasa gentar untuk turun pada aksi pertama Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2024 menentang Pakistan di Stadium Azlan Shah, hari ini. Jelasnya, jika dibandingkan daripada segi persediaan pasukan, Malaysia lebih baik berbanding Pakistan bagi mengharungi kejohanan ini. “Jika daripada segi persediaan,… … Read more

Korea Selatan bincang peluang sertai AUKUS

Korea Selatan bincang peluang sertai AUKUS

SYDNEY: Korea Selatan mengadakan perbincangan untuk menyertai sebahagian daripada perjanjian pertahanan Aukus antara Amerika Syarikat (AS), Britain dan Australia beberapa minggu selepas pakatan itu mempertimbangkan untuk memasukkan Jepun. Ditubuhkan pada 2021, Aukus ialah pakatan keselamatan dua peringkat untuk mengatasi kuasa China yang semakin meningkat di rantau Asia-Pasifik. Walaupun peringkat pertama untuk memberikan teknologi kapal selam… … Read more

Tiga maut, enam cedera dalam insiden tanah runtuh di Sulawesi Selatan, Indonesia

Tiga maut, enam cedera dalam insiden tanah runtuh di Sulawesi Selatan, Indonesia

JAKARTA – Tiga maut dan enam lagi cedera dalam kejadian tanah runtuh di Toraja Utara, Sulawesi Selatan, menurut Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia. Jurucakapnya, Abdul Muhairi berkata, kejadian tanah runtuh itu berlaku dua kali di Kampung Tallang Sura, Daerah Kecil Buntao, pagi Jumaat lepas berikutan hujan lebat dan keadaan tanah yang tidak stabil. Insiden … Read more

Ribuan doktor pelatih di Korea Selatan berhenti kerja

Ribuan doktor pelatih di Korea Selatan berhenti kerja

SEOUL: Hospital di Korea Selatan terpaksa membatalkan rawatan dan pembedahan penting selepas beribu-ribu doktor pelatih berhenti kerja sejak 20 Februari lalu.  Tindakan itu sebagai tanda bantahan terhadap cadangan pembaharuan latihan perubatan yang ingin dilaksanakan oleh pihak kerajaan.  Pasukan perubatan juga nekad mencetuskan mogok selama sebulan bagi menentang pembaharuan sektor berkenaan.  Presiden Korea Selatan, Yoon Suk … Read more

Korea Selatan dilanda jerebu, ruang udara bertukar kuning

Korea Selatan dilanda jerebu, ruang udara bertukar kuning

SEOUL: Tiga wilayah tengah iaitu Gangwon, Chungcheong Selatan dan Gyeongsang Utara di Korea Selatan diselubungi jerebu sehingga pemandangan udara bertukar menjadi kekuningan. Agensi Cuaca Korea Selatan mengeluarkan amaran berjaga-jaga bagi wilayah Gangwon dan Chungcheong Selatan setakat pukul 8 pagi, semalam. Wilayah Gyeongsang Utara diletakkan di bawah tahap perhatian dalam sistem amarannya. “Orang ramai yang mempunyai … Read more

5 hobi unik artis Korea Selatan

5 hobi unik artis Korea Selatan

KALAU dah namanya selebriti, mesti anda akan ingat hobi mereka bernyanyi atau menari. Jangan tersilap, kerana kebanyakan artis terkenal dari negara itu mempunyai hobi unik tersendiri.  Rata-ratanya mempunyai minat khusus bagi mengisi masa lapang yang semestinya mengejutkan peminat masing-masing.  Cerita tersebut akhirnya diketahui selepas artis itu dijemput menghadiri rancangan jenis game show yang sangat popular… … Read more