LATEST

Musk antara 165,000 sokong Huang kembali terajui Nvidia

Musk antara 165,000 sokong Huang kembali terajui Nvidia

WASHINGTON: Lebih 158,000 individu termasuk Elok Musk dan beberapa eksekutif teknologi menandatangani surat terbuka bagi mendesak Jensen Huang kembali menerajui Nvidia, beberapa hari selepas beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat pengeluar cip itu.

Surat berkenaan menggesa lembaga pengarah Nvidia membawa semula Huang sementara siasatan bebas dijalankan bagi menentukan fakta sebenar mengenai kontroversi yang mencetuskan peletakan jawatannya.

Baca juga: Pantun sinis, Ahli Parlimen PH desak Ahmad Maslan letak jawatan jika tidak lagi boleh bersama Kerajaan Perpaduan

Ini susulan dakwaan Huang menjalin sekurang-kurangnya tiga hubungan sulit, termasuk dengan seorang wanita yang disyaki menjadi pengintip China dan dua kakitangannya.

Selain Musk, tokoh teknologi terkenal yang turut menandatangani surat terbuka tersebut termasuk pengasas penerbit permainan video Epic Games, Tim Sweeney serta Presiden Y Combinator, Garry Tan, sebuah inkubator perniagaan terkemuka di San Francisco.

Pengasas bersama Uber, Travis Kalanick, berkata Huang sememangnya melakukan kesilapan, namun perkara itu tidak sepatutnya menjadi alasan untuk menyingkirkan beliau daripada syarikat yang diasaskannya.

Lebih 7,500 penandatangan mengaku sebagai kakitangan Nvidia, bersamaan kira-kira 18 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja syarikat itu.

Sokongan itu mencerminkan kedudukan istimewa Huang dalam industri teknologi, yang dianggap sebagai antara tokoh perintis kecerdasan buatan (AI).

Bagaimanapun, isu tersebut mencetuskan desakan anggota Kongres Amerika Syarikat (AS) daripada kedua-dua parti politik supaya Huang dan Nvidia tampil memberi penjelasan mengenai kemungkinan risiko terhadap keselamatan negara.

Malah, beberapa anggota parti Presiden Donald Trump sendiri berpendapat pentadbiran AS perlu menjawab persoalan mengenai sejauh mana pihaknya mengetahui hubungan berkenaan.

Jumaat lalu, dua pemegang saham utama Nvidia, pelabur Brad Gerstner dan Gavin Baker, menggesa lembaga pengarah supaya mempertimbangkan semua pilihan berhubung kepimpinan syarikat itu.- AGENSI

The post Musk antara 165,000 sokong Huang kembali terajui Nvidia appeared first on Utusan Malaysia.

Latest news