LATEST

Wanita diragut selepas beli makanan

Wanita diragut selepas beli makanan

am@hmetro.com.my

Baca juga: Hans Isaac, Francisca Luhong rancang kahwin tahun depan

Bera: Seorang wanita lebam pada leher selepas rantai dipakainya diragut seorang lelaki bermotosikal selepas membeli makanan di tepi Jalan Pasar, Triang, di sini, semalam.

Suspek yang menaiki motosikal Yamaha LC135 berwarna gelap melarikan diri sejurus kejadian yang berlaku jam 4.40 petang itu.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, mangsa mengalami kecederaan lebam pada bahagian leher dan mendapatkan rawatan di Hospital Bera.

“Polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada 4.40 petang sebelum membuka kertas siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian itu supaya tampil membantu siasatan atau hadir ke balai polis berhampiran.

Katanya, polis turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada, terutama di kawasan tumpuan awam, selain mengelakkan daripada memakai atau mempamerkan barang kemas dan barangan berharga secara berlebihan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news