LATEST

‘Jangan jadikan PRN Melaka kayu ukur politik nasional’

‘Jangan jadikan PRN Melaka kayu ukur politik nasional’

KUANTAN – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak seharusnya dijadikan kayu ukur untuk menilai kekuatan politik Barisan Nasional (BN) di peringkat nasional.Ahli Majlis Tertinggi (MT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Jasri Jamaludin berkata, Melaka sememangnya kubu tradisi UMNO-BN, namun landskap politik di negeri-negeri lain mempunyai realiti berbeza.”Realiti politik di negeri-negeri lain jauh berbeza. Sentimen pengundi, komposisi masyarakat dan kecenderungan politik tidak semestinya sama.”Melaka bukan kayu ukur mutlak bagi landskap politik nasional,” katanya pada Isnin.Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 berlangsung pada Sabtu, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).Keputusan itu diumumkan Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, Pakatan Harapan (PH) memenangi empat kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh tiga kerusi.Seramai 493,573 pengundi atau 71.77 peratus daripada keseluruhan pengundi telah menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRN kali ini.Jasri yang juga Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Pahang memberitahu, setiap negeri mempunyai dinamika politik tersendiri dan keputusan pilihan raya perlu dinilai berdasarkan konteks negeri berkenaan.Beliau berkata, perbezaan turut wujud antara PRN dan Pilihan Raya Umum (PRU) yang masing-masing membawa dinamika tersendiri.”Justeru, keputusan di Melaka wajar dilihat dalam konteksnya sendiri, bukannya dijadikan ukuran untuk meramalkan kedudukan politik di peringkat nasional.”Pertaruhan sebenar ialah di seluruh negara, bukan sekadar di kubu tradisi yang sudah lama memihak kepada UMNO-BN,” katanya.

Latest news