LATEST
National

PKBM buka lembaran baharu tanpa Beasley

PKBM buka lembaran baharu tanpa Beasley

KUALA LUMPUR: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mengambil langkah baharu dalam memperkukuh skuad trek kebangsaan apabila memutuskan untuk memansuhkan jawatan Pengarah Teknikal dan menggantikannya dengan Jurulatih Berprestasi Tinggi dari luar negara.

Baca juga: Cheng Hoe dijangka rombak skuad

Keputusan itu dicapai secara sebulat suara menerusi mesyuarat khas Exco PKBM yang berlangsung di Kuala Lumpur, semalam, sekali gus membuka laluan kepada badan induk itu untuk mencari pengganti John Beasley yang sebelum ini memegang jawatan berkenaan sebelum berhijrah ke Jepun.

Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill berkata, pihaknya mahu mendapatkan khidmat jurulatih berprofil tinggi dari luar negara yang mampu memba£wa skuad trek negara ke tahap lebih dinamik dan bertenaga.

“Mesyuarat EXCO semalam bersetuju untuk mencari ‘High Performance Coach’ daripada luar negara. Kami mahu mencari High Performance Coach luar negara untuk gantikan John Beasley,” katanya menerusi kenyataan PKBM, hari ini.

Tambah Amarjit yang juga Presiden Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) dan Naib Presiden Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) melihat keputusan itu akan dimaklumkan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) serta beberapa pihak berkepentingan bagi membincangkan pelantikan jurulatih berkenaan dan pemansuhan jawatan Pengarah Teknikal PKBM.

Beliau mengakui bukan mudah untuk mencari pengganti sehebat Beasley, namun menegaskan PKBM perlu segera bergerak ke hadapan bagi memastikan kesinambungan pembangunan skuad trek negara.

“Saya harap keputusan ini akan memberikan sinar baharu kepada pasukan trek berbasikal Malaysia. Saya tahu bukan mudah untuk cari pengganti sehebat John Beasley. Saya mestikan tekankan bahawa PKBM sangat terhutang budi kepada John Beasley.

“Jasa dan budi John Beasley adalah terlalu besar. Memang benar kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti. Saya juga mesti tegaskan bahawa adalah sukar untuk gantikan John Beasley.

“Bagaimanapun, kita mesti move on. Kita mesti cari pengganti John Beasley. Kita mesti segera gantikan John Beasley. Dan, kali ini PKBM akan mencari seorang High Performance Coach daripada luar negara.

“Jurulatih Berprestasi Tinggi ini mestilah seorang jurulatih yang sangat ternama dan boleh membawa skuad trek negara ke tahap yang lebih dinamik dan bertenaga. Saya percaya PKBM boleh cari pengganti John Beasley,” katanya.

Dalam masa sama, Amarjit percaya Malaysia masih mempunyai potensi besar untuk melahirkan pelumba bertaraf dunia seperti Datuk Azizulhasni Awang, Rizal Tisin, Fatehah Mustafa, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news